Thursday, March 26, 2009

saya ghairah seh haiyo.


Hari ini saya akan menceritakan tentang sesuatu perkara yang akan menggembirakan hati saya. Perkara ini akan berlaku tidak lama lagi. Kumpulan pancaragam sekolah menengah East Spring akan pergi bertanding di pertandingan Singapore Youth Festival. Saya teramat ghairah sekali untuk menemui hari ini kerana kami sudah banyak membuat persediaan. Saya harap untuk memenangi anugerah perak bagi sekolah kami kerana kami amat berkebolehan tau! Sudah banyak rintangan yang kami atasi, inilah masanya untuk membuat semua orang terkejut dengan kemenangan kami. Kami akan membuktikan bahawa kami ini kumpulan pancaragam yang tidak akan berputus asa! Termasuk para juri juga! hahahaha. okay, minta maaf tersyiok sendiri sekejap.



hmmmm kamu semua pasti ingin melihat alat muzik apa yang saya akan main, kan?




haaaaa itu la dinamakan "Tenor Saxophone"! Jikalau kurang pasti cubalah tontoni cerita "Ibu Mertuaku" yang dilakonkan P.Ramlee. Kassim Selamat ada memainkan alat muzik ini. Canggih, kannnnnnnn?

Ahli-ahli kumpulan pancaragam yang akan bertanding juga ialah rakan-rakan sekolah yang kamu semua kenal seperti, Firdaus, Khai, Asri, Farah, Ashikin, Fadhilah dan ramai-ramai lagi.

Pertandingan SYF

Singapore Conference Hall

30hb Mac 2009 pada hari Isnin

3 petang

Tolong jangan segan berikan sokongan, ya? (: Alamaaaaaak ghairah sangat. ish.Ok la, sampai di sini sahaja. Insya Allah jumpa lagi.

suha.