Tuesday, March 31, 2009

Hari ini saya akan meceritakan tentang kemenangan kumpulan pancaraga sekolah saya. ESMB telah memenangi anugerah perak pada hari Isnin, 30hb Mac 2009. Hari itu akan selalu tersemat di hati saya buat selama-lamanya kerana saya berasa amat gembira pada hari itu dan bersyukur kepada Tuhan yang Esa. Saya amat bangga dengan semua orang yang telah memasuki pertandingan ini bersama saya. Kami telah berkerja keras dan untuk menangi anugerah yang telah dinanti-nantikan lagi membuat hari itu sangat istimewa.


Karangan Ekspositori
Belajar secara berkumpulan lebih baik daripada belajar secara bersendirian. Bincangkan.


Pada pendapat saya, belajar secara berkumpulan ada banyak faedahnya kerana sesiapa yang berada di dalam kumpulan itu dapat mempelajari banyak perkara bersama di antara satu sama lain.
Jikalau saya belajar bersendirian, saya akan diganggu oleh banyak perkara yang di sekeliling persekitaran saya. Gangguan-gangguan kecil seperti menonton televisyen, melungsuri Internet dan juga makanan tidak akan mebuat saya berasa fokus dan saya akan selalu mengambil masa rehat dan akhirnya berhenti belajar. Sikap malas ini amat negatif dalam kehidupan kami sebagai pelajar kerana kami harus sentiasa rajin berulangkaji pelajaran.
Tambahan pula, belajar secara berkumpulan bererti motivasi kerana jika kami belajar dengan kawan-kawan yang baik, mereka akan sentiasa memberi sokongan dan motivasi setiap kali kami rasa bagaikan ingin berputus asa. Dengan cara ini, kami akan dapat berkongsi pendapat tentang jawapan yang berlainan.

Jadi, pada pendapat saya, belajar berkumpulan lebih efektif daripada belajar bersendirian. Namun, setiap individu mempunyai daya fikiran yang berlainan.

Sampai sini sahaja. suha.