Wednesday, August 12, 2009

Apa pengertian Hari Kebangsaan untuk saya?


Aku bangun dari tidur dengan perasaan kegembiraan dan keghairahan. Setiap hari, aku bangun dari tidur selesa dan selamat. Aku tahu Singapura ialah negeri yang aman damai, tanpa sebarang perselisihan yang membahayakan. Itulah sebabnya kita semua tidur pada waktu malam tanpa sebarang perasaan bimbang atau takut.

Tetapi, hari itu berlainan kerana hari itu ialah hari istimewa Singapura. Negeri yang kecil tetapi bermakna ini ialah merdeka selama 44 tahun. Untuk menunjukkan bahawa aku menghargai Singapura, aku telah mebuat ikrar di dalam kelas terlebih dahulu. Aku menghargai segala pengorban nenek moyangku dalam memerdekakan Singapura untuk menjadi negeri yang sentosa. Di sekolah juga, cikgu-cikgu dan kawan-kawanku selalu memperingatkan kedatangannya Hari Kebangsaan Singapura. Aku amat ghairah untuk berjumpa dengan hari itu.

"Cepat, sudah mula!" panggil abangku dari ruang tamu.

Aku dengan segera bergegas ke depan televisyen untuk menonton persembahan Hari Kebangsaan yang diadakan di Marina Bay di atas pentas terapung yang besar. Walaupun tidak mendapat peluang untuk meraikan hari itu di sana bersama orang-orang yang lain, aku masih rasa bersemangat untuk menyambut bersama di rumah. Persembahan-persembahan yang disediakan dari warga kita sendiri amat menakjubkan. Setiap persembahan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Ia dapat meberikan perasaan yang mendalam dan amat bererti bagi setiap penonton.

Jam menunjukkan pukul 8:21 malam. Aku berasa ghairah untuk berikrar bersama seluruh Singapura dalam masa seminit lagi. Akhirnya, pengacara meminta semua orang untuk berdiri dan berikrar bersama-sama. Pada masa itu, aku dapat merasai semangat Singapura berkobar-kobar. Aku amat bangga sebagai seorang rakyat Singapura.

Malam itu diakhirkan dengan pertunjukan bunga api yang gemilang. Bunga api yang berwarna-warni dapat mengukirkan senyuman pada rakyat-rakyat Singapura. Hari Kebangsaan amat bererti pada diriku kerana inilah tempat aku dibesarkan untuk menjadi seorang insan yang saling tolong-menolong. Singapura, dengan adanya kaum yang berlainan, tetap bersatu kerana kita semua membesar bersama-sama. Hari kemerdekaan Singapura telah menunjukkan bahawa rakyat kita saling berseru dan bersatu untuk memberi penghargaan kepada setiap orang yang berjasa untuk membuat Singapura berjaya.

Aku akan sentiasa mengingati tarikh 9 Ogos selamanya. Sehingga aku menghembus nafasku yang terakhir di tempat yang aku dilahirkan.

Karangan Naratif.

SOALAN 4 (Jun 2008):
Tulis sebuah peristiwa yang menyegarkan diari memori kamu sehingga terkenangkan kedua-dua orang tua kamu yang telah lama berpisah dengan kamu.


Dengan senyuman yang manis, budak kecil itu mendakap tubuh ibunya dengan erat. Wajahnya yang putih berseri penuh dengan perasaan kasih sayang dan manja. Perbuatannya memang kecil tapi mendalam. Teringat pula aku dengan ibuku yang telah aku tinggalkan empat tahun yang lalu. Aku merindui ukiran senyumannya yang selalu tersemat di hatiku. Aku merindui tawa mesranya yang selalu meriangkan hari yang mendung. Tetapi malangnya, kelakuanku, yang bak kata pepatah kacang lupakan kulit, telah merosakkan perhubunganku bersama ibu tersayang.

“Ibu, Fatin telah membuat keputusan untuk menjadi seorang penggembara dan berkerja bersama syarikat National Geographic. Fatin harap ibu akan merestui keputusan saya,” aku berkata dengan nada yang tegas dan lantang.

Aku tahu aku telah memecahkan segala harapan ibuku, tetapi itulah impianku dan aku bersemangat untuk membuat impianku menjadi kenyataan. Aku ternampak ibuku terkejut untuk seketika. Di dalam fikirannya, dia sudah bayangkan diriku sebagai seorang doctor yang berjaya. Daripada kecil lagi, ibu telah memupukkan minatku kepada Sains. Apabila aku sudah dewasa, ibu menghantarku ke kursus menjadi doktor di universiti. Tetapi aku tahu di dalam hatiku, minatku ialah untuk menggembara ke negara-negara lain dan mempelajari dan mengalami budaya mereka yang menarik. Dengan hatinya yang kecil, ibuku cuba untuk menyembunyikan kekecewaannya dan hanya tersenyum kepadaku.

“Apa saja yang Fatin lakukan, ibu akan menyokong. Ibu hanya ingin Fatin mengingati ibu selalu apabila sudah berjaya nanti,” jawabnya dengan suara yang lembut.

Setelah menjalani temu duga dan kursus dengan betul, syarikat National Geographic menyakinkanku dengan pekerjaan yang tetap. Aku mula menjelajahi tempat-tempat yang menarik. Aku bersyukur Tuhan dapat memberiku peluang untuk mengalami keindahan alam semesta dengan mataku sendiri. Tidakku sangka cita-citaku akan menjadi relaiti. Namun, sedang aku berseronok, hubunganku bersama ibuku semakin renggang. Aku sering lupa untuk menelefon ibu untuk bertanya khabarnya kerana waktu kerja yang ketat dan kerana aku berasa amat letih. Hari menjadi minggu dan minggu menjadi bulan. Akhirnya, aku langsung tidak menelefon ibuku. Ibu pula selalu mendoakan keselamatan anak sulungnya. Oleh kerana selalu bersama orang-orang asing dari luar negeri, aku terlupa bahawa aku ada keluarga di Singapura. Aku menjadi sombong dan bongkak.

Sehinggalah satu hari, aku menerima panggilan telefon daripada adikku. Panggilan telefon yang membuatku insaf.

“Kak, ini Aisyah. Kak, tolonglah pulang Singapura. Ibu sedang sakit. Dia merindui Kakak. Hari-hari dia Tanya jika kakak menelefon ke tidak. Doktor kata, jantung ibu lemah. Tolonglah kak, pulang,” kata Aisyah, dengan suaranya yang pilu.

Aku melihat ke luar tingkap kapal terbang Air New Zealand. Aku tentu akan merindui pekerjaanku. Tetapi, bagi diriku empat tahun sudah cukup sebagai pengalaman. Sekarang, ibuku lebih penting. Mataku terpandang ke arah budak kecil itu. Lima jam lagi aku akan mengalami perasaan yang sama bersamanya. Lima jam lagi, aku akan pulang ke pelukannya yang melegakan. Kali ini, aku tidak akan melepaskannya.

Thursday, May 28, 2009

Karangan Hari Khamis

Satu Insiden Yang Meyakinkan Saya Tentang Kebenaran-Nasihat Ibu

Perasaan berkecamuk melanda hatiku.Masa hampir tamat tetapi aku masih lagi belum menjawab semua soalan-soalan.Aku sudah pasti Ilmu Hisab adalah subjek yang paling lemah.Walaupun aku cuba sedaya-upaya untuk menjawab soalan-soalan itu,namun,mindaku masih kekosongan.Rasanya seperti otakku sudah gagal untuk berfungsi.Perasaan bimbang bertukar ke perasaan marah yang yang semakin meluap-luap.Mengapa amat sukar untuk aku menjawab soalan-soalan berikut?

"Kelas,kamu ada tiga puluh minit lagi untuk menyelesaikan semua soalan,"suara Cikgu Hamid membuatku tersentak dari lamunanku.

Seminggu sebelum kertas Ilmu Hisab peperiksaan GCE peringkat 'O',aku telah membuat persediaan yang tertentu untuk membuatku yakin dengan diriku.Aku bekerja keras untuk memahami dan mengingati segala formula-formula yang penting.Ibubapaku,yang menaruh harapan tinggi juga memberi sokongan supaya aku akan mendapat markah Ilmu Hisab yang aku selalu impi-impikan.Tambahan pula,aku tidak pernah melulusi subjek ini dengan markah yang tinggi,jadi,aku harap segala persediaan akan membuatku berjaya dalam mendapat markah yang baik.

Aku melihat soalan-soalan yang masih lagi belum dijawab.Hatiku semakin resah melihat kawan-kawan sedarjah yang lain sibuk menulis jawapan mereka dengan pantas.Kelihatan seperti aku seorang sahaja yang sudah berputus asa.Aku tahu walaubagaimana aku cuba untuk mengingati segala informasi yang aku telah pelajari,aku masih tidak akan dapat menjawab soalan-soalan itu.Mataku mula diiringi air mata yang hampir membuat perjalanannya ke pipiku.

"Aku harus tenang,aku harus tabah,"bisik hati kecilku.

Dua puluh minit lagi,dan aku harus membuat sesuatu.Hanya ada satu cara untukku menyelesaikan situasi rumit ini.Aku teringat akan kertas formula yang berada di dalam kocek seluarku.Segala jawapan yang diperlu semuanya tercatat di situ.Pada saat itu,apa yang bermain-main dalam fikiranku ialah kelulusan.Aku takut untuk mengecewakan ibubapaku.Lalu,dengan sepantas kilat,aku mengeluarkan kertas formula dan menyembunyikannya di dalam kotak pencilku.

Aku hanya mempunyai sepuluh minit lagi sehingga tamatnya masaku,tetapi,kini,soalan-soalan itu lebih senang dengan adanya pertolongan.Aku berasa amat jijik dengan perbuatanku yang memalukan ini.Kelakuan yang terhina seperti meniru amat berdosa dan tidak adil bagi kawan-kawan sedarjahku yang lain,namun,aku tetap melakukannya demi kelulusan yang aku idamkan.Masa bergerak dengan pantas,dan akhirnya aku dapat menjawab semua soalan di dalam kertas itu.Aku mengeluh dengan kuat dan tersenyum sendiri.Perasaan lega menyelubungi seluruh badanku apabila aku meletakkan penselku di atas meja.Mataku meluru ke arah kanan dan ternampak seorang yang sedang berdiri di sebelahku.Aku menolehkan kepalaku.Cikgu Hamid,dengan mukanya yang masam,sedang memerhatiku dengan matanya yang memancar api terbakar.

Kertas jawapanku dirampas.Hampir seluruh sekolah tahu tentang kelakuan burukku.Aku telah menghampakan ibubapaku.Oleh kerana meniru,aku tidak boleh menduduki peperiksaan GCE peringkat 'O' selama tiga tahun berturut-berturut.Aku sepatutnya mendengar dan nasihat ibuku,yang selalu mengingati diriku tentang kebenaran.

"Ingat Sarah.Mesti selalu benar dalam segala yang Sarah buat,ya.Jangan cari jalan keluar yang senang.Jangan putus asa dan harus sentiasa cuba sedaya-upaya,"kata-kata ibu masih bermain-main di dalam fikiranku.

Tapi,apakan daya,nasi sudah menjadi bubur.

Wednesday, May 27, 2009

Karangan Hari Rabu

Percutian Yang Berakhir Dengan Satu Tragedi

"Konichiwa!Selamat datang ke negeri Jepun!Tempat percutian yang amat seronok dan terbukti satu-satunya tempat yang amat popular di dunia.Harap anda semua akan menikmati pengalaman-pengalaman percutian ini!" jerit seorang pemandu pelancong,dengan nada suara yang riang dan gembira.

Fizah menghirup udara nyaman dan segar di taman Tsurumi Ryokuchi yang dikelilingi dengan bunga-bunga ceri berkembang.Dia tidak mempercayai bahawa dia berada di kota Osaka di negeri Jepun.Akhirnya,dia dapat melancong ke tempat yang diimpi-impikan selama ini.Rasa gembira meruap di dadanya.Alangkah ghairahnya Fizah dapat melihat segala keindahan negeri Jepun.

Setibanya di lapangan terbang Osaka,Fizah dan keluarganya dibawa ke hotel yang mewah yang terletak di sebelah timur bandar itu.Segala keselesaan boleh didapati di hotel lima bintang itu.Mereka seperti orang-orang jakun yang tidak pernah menejejakkan kaki ke sebuah hotel.Tambahan pula,hotel itu mempunyai tempat-tempat rekreasi seperti spa,kolam renang dan juga gimnasium tersendiri.

Mereka menjelajahi banyak tempat-tempat menarik selama tiga hari berturut-turut.Walaupun mereka letih ataupun berasa penat,mereka masih ingin pergi menziarah tempat-tempat berikut.Fizah juga sempat membeli bebrapa oleh-oleh buat kawan-kawannya di sekolah.

"Mereka tentu akan berasa amat gembira mendapat oleh-oleh yang comel-comel belaka ini!Aku tidak sabar untuk memberitahu tentang pengalamanku di sini!"bisik hatinya dengan ghairah.

Pada hari keempat,mereka ke pusat membeli-belah Osaka yang seringkali dikunjungi ramai pelancong.Bukan sahaja benda-benda yang dijual di situ boleh bertahan lama,malahan,harganya murah dan berpatutan.Sedang Fizah sibuk melihat-lihat,tiba-tiba terdengar suara adiknya,Liza,yang berusia sepuluh tahun,memekik dengan kuat.

Fizah menolehkan kepalanya ke arah suara Liza,namun,adiknya tiada di permandangan.Yang hanya dapat dilihat adalah ramai orang sekelilingnya begitu asyik membeli-belah sehingga tidak perasan tentang keadaan Liza dan di mana adiknya sudah pergi.Fizah dan keluarganya bertambah risau.Muncullah keresahan yang menyeksa apabila sedang mencari Liza di seluruh pusat yang yang besar itu.Hati Fizah bertambah berkocak kerana kini,suara Liza sudah tidak kedengaran lagi.Dia tidak sangka,pada suasana yang menggembirakan ini,adiknya akan diculik.

Fizah dan ibubapanya sudah tiga jam berada di stesen polis untuk melaporkan kes penculikan,namun,mereka tidak dapat sebarang butir tentang kehilangan Liza.Pihak polis bercadang bahawa Fizah dan keluarganya pergi ke hotel dan tunggu untuk tindakan yang seterusnya yang akan diberikan melalui telefon.Dengan hati yang berat,mereka pulang ke bilik hotel dan mula menunggu panggilan telefon.Setelah empat jam menunggu,telefon di bilik hotel itu pun berdering.

"Liza sekarang bersama kami.Kalau kau ingin melihat adik kau masih hidup dan selamat,sediakan wang sebanyak seratus ribu dolar dalam tempoh dua hari.Letakkan wang itu di dalam tong sampah berdekatan dengan medan kereta pusat membeli-belah tadi.Dan ingat,jangan berani memberitahu pihak polis tentang panggilan.Jikalau tidak,adik kau akan mati!"seorang lelaki yang mempunyai suara yang kasar berkata.

Fizah berasa amat geram dengan perbuatan syaitan-syaitan itu.Panas relung dadanya bagaikan ingin terbakar.Namun,dia memaksa dirinya untuk kelihatan tenang di depan ibubapanya supaya tidak membimbagkan mereka.Bertuturan dengan nada yang sabar,Fizah memberitahu mereka tentang wang ugutan yang harus disediakan dengan segera.Dua hari berlalu dengan cepatnya,dan mereka ke tempat yang dijanjikan itu,dengan harapan ingin berjumpa dengan Liza.Seorang lelaki di telefon bimbit Fizah mengarahnya di mana duit itu harus diletakkan dan menyuruh mereka pulang ke bilik hotel mereka dan menunggu kepulangan Liza.

Sudah sehari berlalu tetapi Liza masih tidak pulang-pulang lagi.Keresahan mula memutik ke perasaan sedih dan kecewa apabila mereka dihalau oleh pihak hotel kerana tidak dapat membayar segala perbelanjaan.Pihak polis yang bercuba sedaya-upaya untuk menyelesaikan kes ini juga suda tidak mendapat butir-butiran tentang keadaan Liza.Akhirnya,Fizah dan keluarganya terpaksa pulang balik ke negeri dan hanya menunggu sebarang informasi dengan tenang.

Sudah tiga tahun berlalu,tetapi khabar tentang Liza masih lagi tidak kedengaran.Yang tinggal hanya memori-memori manis tentang adiknya yang akan sentiasa terkunci di hati Fizah.Dia tidak sangka bencana yang besar ini akan menimpa keluarga kesayangannya dalam masa riang. Sudah lama Fizah bertangisi kepiluan dan kesedihan diri walaupun tiada air mata yang mengiringi.Namun,doa dan usaha untuk mencari Liza masih lagi kuat dan kukuh.

Tuesday, May 26, 2009

Karangan Hari Selasa

Suatu Peristiwa Yang Mengubah Hidup Saya

"Muhammad Haneef Bin Abdullah,kamu akan dipenjara lima tahun kerana disyaki melibatkan diri dalam pergaduhan yang membawa kecederaan kepada dua orang."

Adakah ini balasan seorang insan yang banyak dosa sepertiku?Adakah ini kesedaran bagiku?Bak kata pepatah nenekku yang sudah lama meninggal dunia,setinggi-tinggi tupai yang melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga.Hidupku kini seperti tidak berguna lagi.Aku pasrah,hati berpecah seribu.Badanku melayang seperti lalang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.Seorang penjenayah,dipandang rendah oleh masyarakat.

Hidupku sebagai seorang remaja penuh dengan berfoya-foya.Apabila umurku mencecah empat belas tahun,aku mula untuk berasa ghairah mencuba aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti merokok.Walaubagaimanapun,aku tetap ke sekolah dan masih mempunyai niat untuk belajar.Hari demi hari,aku mula menjelajahi pelbagai tempat yang aku tidak pernah aku memasuki.Ditemani oleh kawan-kawan yang lain,aku rasa seperti dalam sebuah kumpulan yang boleh digelar "cool".Semakin hari,semakin malas aku ingin ke sekolah.Pada pendapatku, tidak ada erti lagi untuk membuat sesuatu yang aku sudah tidak berminat seperti belajar atau ke sekolah.

Akhirnya,aku dibuang sekolah kerana selalu terlibat dalam kes-kes disiplin.Memang sudah tiada harapan bagiku untuk berubah niat menjadi seorang pelajar yang rajin.Meskipun,aku tetap berasa tenang dan seringkali menyembunyikan rasa kecewa kerana telah membawa malu kepada ibubapaku.Aku tahu mereka amat menyayangiku dan inginkan yang terbaik bagiku,tetapi segala nasihat yang mereka berikan telah aku tidak pedulikan.Ramai berkata bahawa perangaiku sudah berubah seperti seorang samseng.Namun,aku masih berdegil.

Pada hari yang malang itu,aku sedang duduk berlepak bersama kawan-kawanku sambil memetik gitar.Bunyi melodi yang sayu membuaikan kami ke khayalan yang jauh,hingga kami tertidur beramai-ramai di kolong blok tersebut.Tiba-tiba,aku tersentak dari tidurku.

"Eh Haneef! Tolong aku. Ada satu kumpulan samseng sedang mengejar aku!" jerit Iqbal,kawan karibku.

Dengan tidak membuang masa,aku mengeluarkan sebilah pisau yang telah disembunyi di dalam kocek seluarku.Hatiku berdegap-degup melihat betapa tajamnya pisau itu.Sungguh kilat dan baru,seperti suatu harta karun yang amat berharga yang akhirnya berjaya dijumpa.Aku memang menunggukan saatnya aku dapat mengunakkan senjata yang dihadiahkan oleh seorang rakan baikku.Kami berhadapan dengan kumpulan samseng itu.Mereka nampak garang dan kuat.Tambahan pula,tatu-tatu yang diukir di kulit mereka seperti suatu tanda bahawa sesuatu yang berbahaya akan berlaku.Tetapi aku tidak rasa diancam kerana aku yakin,dengan adanya pisau ini,aku akan sentiasa selamat.

Semuanya berlaku sepantas kilat.Tanganku sudah berlumuran dengan darah.Pisau itu seperti telah direndam dengan cat merah.Bukan darahku,tetapi darah mereka.Darah samseng yang aku telah menikam.Aku melihat sekelilingku.Di mana semua kawanku?Di mana kawan sejatiku?

Air mataku mengalir bagaikan arus air di sungai.Aku baring di lantai yang sejuk,dan memandang ke atas.Yang hanya aku lihat adalah tembok dan lelangit berwarna kelabu.Aku tahu lima tahun yang akan datang,aku akan menjadi orang yang bebas,yang boleh membuat keputusan untuk mengubah diriku menjadi seorang insan yang baik.Tetapi,adakah aku yakin bahawa keluargaku akan menerimaku seperti dahulu?Soalan itu masih bermain-main di fikiranku hingga waktu kini.Namun,aku bertekad untuk mendapatkan balik kepercayaan mereka kepadaku dan menjadi hamba Tuhan yang sudah tukar bagi kebaikanku di dunia dan di akhirat.

Tuesday, April 28, 2009

Surat Kiriman Rasmi

Siti Nasuha Bte Ayub
Blk 725 Tampines St 71
#02-173
Singapura 520725

21 April 2009

Pengurus
Singapore Expo
No 1 Expo Drive
Singapura 536001

Tuan

Perkara: Perkhidmatan Yang Kurang Memuaskan


Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin membuat aduan tentang perkhidmatan pekerja tuan yang amat menghampakan. pengalaman buruk saya di kaunter Sistic di cawangan Tampines harus diadukan supaya perkara ini tidak akan berulang lagi.


Pada minggu lalu, saya telah ke kaunter Sistis di pusat mebeli-belah Tampines Two. Saya ingin membuat tempahan tiga tiket untuk ke konsert penyanyi terkenal David Archuleta yang akan menyanyikan lagu-lagu di stadium tertutup Singapura pada 10 haribulan April 2009. Pekerja tuan, Fairuz, melayani saya dengan wajah yang kurang mesra dan marah. Cara perbualannya seperti disa sedang berasa bingit tentang sesuatu perkara. Semasa saya sedang mencari kad pengenalan saya di dlam beg untuk menunjukkan bukti umur, dis kelihatan kurang sabar dan sentiasa mengeluh dengan kuat untuk sengaja menunjukkan seperti saya sedang membuang masanya. Saya juga hairan kerana pada waktu itu, tidak ada pelanggan yang lain di kaunter. Tambahan pula, dis kelihatan sangat marah apabila saya tanya tentang butir-butiran konsert itu. Dia menyuruh saya pergi ke kawan bersebalahannya yang juga sedang bekerja untuk sebarang pertanyaan.


Saya amat terkejut dengan sikapnya kerana saya tidak sangka Sistic akan memberi kerja kepada orang-orang yang kurang sopan dan biadap. Saya cadangkan bahawa tuan menghatntar pekerja tuan ke kursus "Melayani Pelanggan Dengan Mesra" yang diadakan setiap minggu bagi pekerja-pekerja memperbaiki lagi cara perkhidmatan mereka. Kursus ini akan membantu bisnes tuan kerana dengan layanan yang mesra, ramai orang akan lebih senang dan gembira untuk ke cawangan tersebut. Saya juga inginkan pekerja tuan meminta maaf kepada saya kerana sikapnya itu telah membuat saya berasa hampa dan kecewa sepanjang hari.


Saya harap tuan akan mengambil tindakan yang sewarasnya bagi mencegah pekerja-pekerja seperti Fairuz menghampakan ramai pelanggan dan menjejaskan bisnes Sistic. Saya harap dia boleh memperbaiki dirinya. Terima kasih kerana mengambil masa untuk membaca surat saya.


Yang benar
(Siti Nasuha)

Thursday, April 2, 2009

Hari Persahabatan Kaum Antarabangsa

Hari Persahabatan Antarabangsa disambut setiap hari pertama Ahad tiap-tiap bulan Ogos. Hari ini diraikan untuk menyokong persahabatan internasional. Ini amat penting di Singapura kerana kami tinggal di sebuah negeri yang berbilang kaum. Sambutan ini juga akan membawa keharmonian kepada semua orang di seluruh dunia.

Kami menyambut hari yang istimewa itu dengan mengadakan persembahan-persembahan yang menarik perhatian pelajar-pelajar sekolah dan jugak cikgu. Penonton juga dapat menyertai dalam tarian-tarian yang menyeronokkan. Ada juga yang joget breakdance. Kita juga boleh membuat dedikasi lagu kepada deejay.

Kita juga diharapkan untuk menulis nota kecil kepada kawan-kawan yang berbilang bangsa bagi untuk memperingati tentang persahabatan tidak kira bangsa, bahasa ataupun ugama. Ada juga pelajar dari luar negeri yang datang ke Singapura untuk belajar, berkongski pengalaman mereka di Singapura.

Jadi, untuk mengelak daripada perselisihan faham, Hari Persahabatan Kaum Antarabangsa amat bagus untuk kita kerana ia akan memperingatkan Singapura untuk sentiasa berada di dalam keadaan harmoni.

Suha.