Thursday, May 28, 2009

Karangan Hari Khamis

Satu Insiden Yang Meyakinkan Saya Tentang Kebenaran-Nasihat Ibu

Perasaan berkecamuk melanda hatiku.Masa hampir tamat tetapi aku masih lagi belum menjawab semua soalan-soalan.Aku sudah pasti Ilmu Hisab adalah subjek yang paling lemah.Walaupun aku cuba sedaya-upaya untuk menjawab soalan-soalan itu,namun,mindaku masih kekosongan.Rasanya seperti otakku sudah gagal untuk berfungsi.Perasaan bimbang bertukar ke perasaan marah yang yang semakin meluap-luap.Mengapa amat sukar untuk aku menjawab soalan-soalan berikut?

"Kelas,kamu ada tiga puluh minit lagi untuk menyelesaikan semua soalan,"suara Cikgu Hamid membuatku tersentak dari lamunanku.

Seminggu sebelum kertas Ilmu Hisab peperiksaan GCE peringkat 'O',aku telah membuat persediaan yang tertentu untuk membuatku yakin dengan diriku.Aku bekerja keras untuk memahami dan mengingati segala formula-formula yang penting.Ibubapaku,yang menaruh harapan tinggi juga memberi sokongan supaya aku akan mendapat markah Ilmu Hisab yang aku selalu impi-impikan.Tambahan pula,aku tidak pernah melulusi subjek ini dengan markah yang tinggi,jadi,aku harap segala persediaan akan membuatku berjaya dalam mendapat markah yang baik.

Aku melihat soalan-soalan yang masih lagi belum dijawab.Hatiku semakin resah melihat kawan-kawan sedarjah yang lain sibuk menulis jawapan mereka dengan pantas.Kelihatan seperti aku seorang sahaja yang sudah berputus asa.Aku tahu walaubagaimana aku cuba untuk mengingati segala informasi yang aku telah pelajari,aku masih tidak akan dapat menjawab soalan-soalan itu.Mataku mula diiringi air mata yang hampir membuat perjalanannya ke pipiku.

"Aku harus tenang,aku harus tabah,"bisik hati kecilku.

Dua puluh minit lagi,dan aku harus membuat sesuatu.Hanya ada satu cara untukku menyelesaikan situasi rumit ini.Aku teringat akan kertas formula yang berada di dalam kocek seluarku.Segala jawapan yang diperlu semuanya tercatat di situ.Pada saat itu,apa yang bermain-main dalam fikiranku ialah kelulusan.Aku takut untuk mengecewakan ibubapaku.Lalu,dengan sepantas kilat,aku mengeluarkan kertas formula dan menyembunyikannya di dalam kotak pencilku.

Aku hanya mempunyai sepuluh minit lagi sehingga tamatnya masaku,tetapi,kini,soalan-soalan itu lebih senang dengan adanya pertolongan.Aku berasa amat jijik dengan perbuatanku yang memalukan ini.Kelakuan yang terhina seperti meniru amat berdosa dan tidak adil bagi kawan-kawan sedarjahku yang lain,namun,aku tetap melakukannya demi kelulusan yang aku idamkan.Masa bergerak dengan pantas,dan akhirnya aku dapat menjawab semua soalan di dalam kertas itu.Aku mengeluh dengan kuat dan tersenyum sendiri.Perasaan lega menyelubungi seluruh badanku apabila aku meletakkan penselku di atas meja.Mataku meluru ke arah kanan dan ternampak seorang yang sedang berdiri di sebelahku.Aku menolehkan kepalaku.Cikgu Hamid,dengan mukanya yang masam,sedang memerhatiku dengan matanya yang memancar api terbakar.

Kertas jawapanku dirampas.Hampir seluruh sekolah tahu tentang kelakuan burukku.Aku telah menghampakan ibubapaku.Oleh kerana meniru,aku tidak boleh menduduki peperiksaan GCE peringkat 'O' selama tiga tahun berturut-berturut.Aku sepatutnya mendengar dan nasihat ibuku,yang selalu mengingati diriku tentang kebenaran.

"Ingat Sarah.Mesti selalu benar dalam segala yang Sarah buat,ya.Jangan cari jalan keluar yang senang.Jangan putus asa dan harus sentiasa cuba sedaya-upaya,"kata-kata ibu masih bermain-main di dalam fikiranku.

Tapi,apakan daya,nasi sudah menjadi bubur.