Tuesday, May 26, 2009

Karangan Hari Selasa

Suatu Peristiwa Yang Mengubah Hidup Saya

"Muhammad Haneef Bin Abdullah,kamu akan dipenjara lima tahun kerana disyaki melibatkan diri dalam pergaduhan yang membawa kecederaan kepada dua orang."

Adakah ini balasan seorang insan yang banyak dosa sepertiku?Adakah ini kesedaran bagiku?Bak kata pepatah nenekku yang sudah lama meninggal dunia,setinggi-tinggi tupai yang melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga.Hidupku kini seperti tidak berguna lagi.Aku pasrah,hati berpecah seribu.Badanku melayang seperti lalang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.Seorang penjenayah,dipandang rendah oleh masyarakat.

Hidupku sebagai seorang remaja penuh dengan berfoya-foya.Apabila umurku mencecah empat belas tahun,aku mula untuk berasa ghairah mencuba aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti merokok.Walaubagaimanapun,aku tetap ke sekolah dan masih mempunyai niat untuk belajar.Hari demi hari,aku mula menjelajahi pelbagai tempat yang aku tidak pernah aku memasuki.Ditemani oleh kawan-kawan yang lain,aku rasa seperti dalam sebuah kumpulan yang boleh digelar "cool".Semakin hari,semakin malas aku ingin ke sekolah.Pada pendapatku, tidak ada erti lagi untuk membuat sesuatu yang aku sudah tidak berminat seperti belajar atau ke sekolah.

Akhirnya,aku dibuang sekolah kerana selalu terlibat dalam kes-kes disiplin.Memang sudah tiada harapan bagiku untuk berubah niat menjadi seorang pelajar yang rajin.Meskipun,aku tetap berasa tenang dan seringkali menyembunyikan rasa kecewa kerana telah membawa malu kepada ibubapaku.Aku tahu mereka amat menyayangiku dan inginkan yang terbaik bagiku,tetapi segala nasihat yang mereka berikan telah aku tidak pedulikan.Ramai berkata bahawa perangaiku sudah berubah seperti seorang samseng.Namun,aku masih berdegil.

Pada hari yang malang itu,aku sedang duduk berlepak bersama kawan-kawanku sambil memetik gitar.Bunyi melodi yang sayu membuaikan kami ke khayalan yang jauh,hingga kami tertidur beramai-ramai di kolong blok tersebut.Tiba-tiba,aku tersentak dari tidurku.

"Eh Haneef! Tolong aku. Ada satu kumpulan samseng sedang mengejar aku!" jerit Iqbal,kawan karibku.

Dengan tidak membuang masa,aku mengeluarkan sebilah pisau yang telah disembunyi di dalam kocek seluarku.Hatiku berdegap-degup melihat betapa tajamnya pisau itu.Sungguh kilat dan baru,seperti suatu harta karun yang amat berharga yang akhirnya berjaya dijumpa.Aku memang menunggukan saatnya aku dapat mengunakkan senjata yang dihadiahkan oleh seorang rakan baikku.Kami berhadapan dengan kumpulan samseng itu.Mereka nampak garang dan kuat.Tambahan pula,tatu-tatu yang diukir di kulit mereka seperti suatu tanda bahawa sesuatu yang berbahaya akan berlaku.Tetapi aku tidak rasa diancam kerana aku yakin,dengan adanya pisau ini,aku akan sentiasa selamat.

Semuanya berlaku sepantas kilat.Tanganku sudah berlumuran dengan darah.Pisau itu seperti telah direndam dengan cat merah.Bukan darahku,tetapi darah mereka.Darah samseng yang aku telah menikam.Aku melihat sekelilingku.Di mana semua kawanku?Di mana kawan sejatiku?

Air mataku mengalir bagaikan arus air di sungai.Aku baring di lantai yang sejuk,dan memandang ke atas.Yang hanya aku lihat adalah tembok dan lelangit berwarna kelabu.Aku tahu lima tahun yang akan datang,aku akan menjadi orang yang bebas,yang boleh membuat keputusan untuk mengubah diriku menjadi seorang insan yang baik.Tetapi,adakah aku yakin bahawa keluargaku akan menerimaku seperti dahulu?Soalan itu masih bermain-main di fikiranku hingga waktu kini.Namun,aku bertekad untuk mendapatkan balik kepercayaan mereka kepadaku dan menjadi hamba Tuhan yang sudah tukar bagi kebaikanku di dunia dan di akhirat.