Wednesday, May 27, 2009

Karangan Hari Rabu

Percutian Yang Berakhir Dengan Satu Tragedi

"Konichiwa!Selamat datang ke negeri Jepun!Tempat percutian yang amat seronok dan terbukti satu-satunya tempat yang amat popular di dunia.Harap anda semua akan menikmati pengalaman-pengalaman percutian ini!" jerit seorang pemandu pelancong,dengan nada suara yang riang dan gembira.

Fizah menghirup udara nyaman dan segar di taman Tsurumi Ryokuchi yang dikelilingi dengan bunga-bunga ceri berkembang.Dia tidak mempercayai bahawa dia berada di kota Osaka di negeri Jepun.Akhirnya,dia dapat melancong ke tempat yang diimpi-impikan selama ini.Rasa gembira meruap di dadanya.Alangkah ghairahnya Fizah dapat melihat segala keindahan negeri Jepun.

Setibanya di lapangan terbang Osaka,Fizah dan keluarganya dibawa ke hotel yang mewah yang terletak di sebelah timur bandar itu.Segala keselesaan boleh didapati di hotel lima bintang itu.Mereka seperti orang-orang jakun yang tidak pernah menejejakkan kaki ke sebuah hotel.Tambahan pula,hotel itu mempunyai tempat-tempat rekreasi seperti spa,kolam renang dan juga gimnasium tersendiri.

Mereka menjelajahi banyak tempat-tempat menarik selama tiga hari berturut-turut.Walaupun mereka letih ataupun berasa penat,mereka masih ingin pergi menziarah tempat-tempat berikut.Fizah juga sempat membeli bebrapa oleh-oleh buat kawan-kawannya di sekolah.

"Mereka tentu akan berasa amat gembira mendapat oleh-oleh yang comel-comel belaka ini!Aku tidak sabar untuk memberitahu tentang pengalamanku di sini!"bisik hatinya dengan ghairah.

Pada hari keempat,mereka ke pusat membeli-belah Osaka yang seringkali dikunjungi ramai pelancong.Bukan sahaja benda-benda yang dijual di situ boleh bertahan lama,malahan,harganya murah dan berpatutan.Sedang Fizah sibuk melihat-lihat,tiba-tiba terdengar suara adiknya,Liza,yang berusia sepuluh tahun,memekik dengan kuat.

Fizah menolehkan kepalanya ke arah suara Liza,namun,adiknya tiada di permandangan.Yang hanya dapat dilihat adalah ramai orang sekelilingnya begitu asyik membeli-belah sehingga tidak perasan tentang keadaan Liza dan di mana adiknya sudah pergi.Fizah dan keluarganya bertambah risau.Muncullah keresahan yang menyeksa apabila sedang mencari Liza di seluruh pusat yang yang besar itu.Hati Fizah bertambah berkocak kerana kini,suara Liza sudah tidak kedengaran lagi.Dia tidak sangka,pada suasana yang menggembirakan ini,adiknya akan diculik.

Fizah dan ibubapanya sudah tiga jam berada di stesen polis untuk melaporkan kes penculikan,namun,mereka tidak dapat sebarang butir tentang kehilangan Liza.Pihak polis bercadang bahawa Fizah dan keluarganya pergi ke hotel dan tunggu untuk tindakan yang seterusnya yang akan diberikan melalui telefon.Dengan hati yang berat,mereka pulang ke bilik hotel dan mula menunggu panggilan telefon.Setelah empat jam menunggu,telefon di bilik hotel itu pun berdering.

"Liza sekarang bersama kami.Kalau kau ingin melihat adik kau masih hidup dan selamat,sediakan wang sebanyak seratus ribu dolar dalam tempoh dua hari.Letakkan wang itu di dalam tong sampah berdekatan dengan medan kereta pusat membeli-belah tadi.Dan ingat,jangan berani memberitahu pihak polis tentang panggilan.Jikalau tidak,adik kau akan mati!"seorang lelaki yang mempunyai suara yang kasar berkata.

Fizah berasa amat geram dengan perbuatan syaitan-syaitan itu.Panas relung dadanya bagaikan ingin terbakar.Namun,dia memaksa dirinya untuk kelihatan tenang di depan ibubapanya supaya tidak membimbagkan mereka.Bertuturan dengan nada yang sabar,Fizah memberitahu mereka tentang wang ugutan yang harus disediakan dengan segera.Dua hari berlalu dengan cepatnya,dan mereka ke tempat yang dijanjikan itu,dengan harapan ingin berjumpa dengan Liza.Seorang lelaki di telefon bimbit Fizah mengarahnya di mana duit itu harus diletakkan dan menyuruh mereka pulang ke bilik hotel mereka dan menunggu kepulangan Liza.

Sudah sehari berlalu tetapi Liza masih tidak pulang-pulang lagi.Keresahan mula memutik ke perasaan sedih dan kecewa apabila mereka dihalau oleh pihak hotel kerana tidak dapat membayar segala perbelanjaan.Pihak polis yang bercuba sedaya-upaya untuk menyelesaikan kes ini juga suda tidak mendapat butir-butiran tentang keadaan Liza.Akhirnya,Fizah dan keluarganya terpaksa pulang balik ke negeri dan hanya menunggu sebarang informasi dengan tenang.

Sudah tiga tahun berlalu,tetapi khabar tentang Liza masih lagi tidak kedengaran.Yang tinggal hanya memori-memori manis tentang adiknya yang akan sentiasa terkunci di hati Fizah.Dia tidak sangka bencana yang besar ini akan menimpa keluarga kesayangannya dalam masa riang. Sudah lama Fizah bertangisi kepiluan dan kesedihan diri walaupun tiada air mata yang mengiringi.Namun,doa dan usaha untuk mencari Liza masih lagi kuat dan kukuh.